MetaTrader 4 untuk Windows

MetaTrader 4 ialah platform dagangan yang paling meluas dalam kalangan broker Forex dan juga merupakan perisian yang paling popular untuk pedagang Forex. Admiral Markets ialah salah satu broker pertama yang memperkenalkan perisian ini kepada pelanggan runcitnya dan sejak itu tidak pernah menyesali keputusan ini. MetaTrader 4 cemerlang dalam banyak bidang berbanding platform dagangan yang lain. Kelebihan utama MetaTrader 4 ialah kebolehpercayaan dan kestabilannya.

Tidak seperti banyak platform lain yang sudah ada selama beberapa tahun ini dengan jumlah pedagang dan volum dagangan yang terhad, MT4 telah digunakan selama lebih satu dekad dengan ratusan ribu pengguna. Oleh itu, platform ini telah diuji dan bertambah baik selama bertahun-tahun, jadi agak luar biasa untuk menghadapi sebarang pepijat di dalamnya sekarang ini.

Khususnya, platform ini telah menjadi agak popular untuk pengguna Windows, kerana ia tersedia untuk hampir semua versi OS ini, bermula daripada MT4 untuk Windows XP sehingga MetaTrader 4 untuk Windows 8. Mari kita ketahui tentang ciri yang berguna pada platform dagangan ini seperti yang tertera di bawah!

Ciri MT4 untuk Windows

MT4 mempunyai banyak manfaat selain kestabilan dan prestasinya yang lepas. Ini ialah platform dagangan yang unggul dan sesuai untuk hampir semua jenis pedagang.

Analisis Teknikal

Apabila anda menggunakan versi MT4 Windows , anda dibekalkan dengan banyak penunjuk dan alat teknikal untuk analisis lanjutan.

MetaTrader 4 untuk Windows

MetaTrader membolehkan anda menambah lebih daripada 50 penunjuk terbina dalam, pengayun dan alat untuk menentukan volum. Ia tidak mengehadkan anda dari segi jumlah penunjuk yang anda boleh gunakan secara serentak pada carta dan juga membolehkan anda menyesuaikan sepenuhnya tempoh yang digunakan pada penunjuk. Membolehkan anda menyediakan analisis yang secara terus sepadan dengan strategi dagangan anda.

Selain itu, anda boleh menggunakan MT4 untuk membuat analisis teknikal yang melebihi daripada biasa pada carta dan melihat data yang berguna daripada carta.

MT4 untuk Windows dengan penunjuk di luar carta

Anda boleh melihat pendedahan semasa anda menggunakan MT4, ini amat berguna untuk pedagang yang mempunyai kedudukan dalam beberapa pasangan mata wang dalam portfolio mereka sekaligus.

MT4 pada Windows 8 dan pada versi sebelumnya OS ini membolehkan anda menggunakan banyak objek grafik untuk meningkatkan penampilan carta anda. Biasanya pedagang menggunakan objek garis biasa untuk melukis garis sokongan dan rintangan, namun anda boleh melakukan lebih lagi dengan alat grafik yang ditawarkan oleh platform MT4.

Jenis Pesanan MT4

Salah satu perkara yang paling penting untuk pedagang ialah jumlah jenis pesanan yang tersedia. Walaupun banyak platform pesaing menawarkan pesanan pasaran biasa, MT4 membolehkan anda menjadi lebih fleksibel dalam perdagangan anda dengan menawarkan Jenis Pesanan Belum Selesai, seperti:

  • Had Beli (Buy Limit)
  • Had Jual (Sell Limit)
  • Henti Beli (Buy Stop)
  • Henti Jual (Sell Stop)

Selain itu, anda boleh mengakses jenis pesanan tambahan, seperti OCA atau pesanan yang membatalkan pesanan jenis lain menggunakan MetaTrader 4 Supreme Edition.

Pesanan ini amat berguna untuk pedagang lanjutan. Sebagai platform lanjutan, MT4 membolehkan anda meletakkan Henti Rugi dan Ambil Untung.

Kemudahan Penggunaan

Selain fleksibiliti yang sangat baik dari segi jenis pesanan dan analisis teknikal yang hebat, MT4 sebenarnya agak intuitif dan mudah digunakan. Ia sangat berguna kerana anda dapat membuat pesanan melalui alat Dagangan 1 Klik, terutamanya jika anda ialah scalper.

Banyak platform juga mengehadkan anda dari segi carta aktif yang boleh anda jalankan. Ini tidak akan menjadi masalah apabila anda menggunakan MT4 untuk Windows 8, 7, XP atau versi lain.

Selain semua ciri yang berguna ini untuk membantu dagangan, anda sebenarnya boleh mendapatkan akses kepada beberapa item dagangan yang tidak secara langsung. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan majalah pedagang secara terus daripada antara muka platform dagangan MT4 anda.

Majalah Pedagang MT4 untuk Windows

Dagangan Automatik

MT4 ialah platform yang hebat untuk dagangan manual, namun ia juga cemerlang untuk anda mengautomatikkan strategi dagangan anda. MetaTrader menggunakan EA yang juga dikenali sebagai Expert Advisors (Pakar Penasihat) yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan MQL. Ini bererti pedagang boleh membuat robot dagangan sendiri yang akan mengautomatikkan strategi dagangan atau mencipta penunjuk tersuai baru yang meluaskan skop penunjuk sedia ada.

Terdapat lebih banyak kelebihan yang tersedia untuk pedagang yang menggunakan platform dagangan ini, namun yang diterangkan di atas adalah yang utama.

Bagaimanakah cara memasang MT4 pada Windows?

Agak mudah untuk memasang MT4 apabila anda menggunakan komputer Windows. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memuat turun pemasang MetaTrader 4, iaitu fail .exe.

Apabila anda telah memuat turun pemasang, anda perlu membukanya dan tetingkap bestari pemasangan akan muncul. Pemasangan perisian MT4 tidak begitu berbeza daripada memasang mana-mana program Windows yang lain, anda perlu memilih laluan pemasangan, bersetuju dengan terma dan syarat dan memilih lokasi yang anda ingin memasang MT4 anda. Adalah lebih baik untuk mengelakkan pemasangan MT4 pada fail Program, kerana kadang-kadang ia mungkin tidak berfungsi dengan baik di lokasi ini. Pada akhir proses, anda boleh memilih sama ada anda mahu menambah MT4 ke desktop anda dan lokasi lain.

Selepas anda berjaya memasang MT4, anda perlu menaipkan kelayakan akaun anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun, dapatkan di sini

Dapatkan MT4 pada Komputer anda

Jangan bertangguh, dapatkan perisian dagangan yang utama dalam industri ini sekarang!

Klik ikon di bawah untuk memuat turun MetaTrader 4 untuk Windows! Setelah anda memasang platform ini dan membuka akaun langsung atau demo dengan Admiral Markets, anda akan dapat berdagang lebih daripada 50 pasangan mata wang, banyak CFD, logam, minyak dan banyak lagi.

Muat turun MT4 untuk Windows di sini

Dapatkan versi yang dipertingkat bagi MT4 untuk Windows

Dengan Admiral Markets, anda juga boleh mendapatkan versi MetaTrader 4 yang dipertingkat, secara eksklusif tersedia di bawah nama MT4 Supreme Edition. Dengan kemas kini ini, anda akan mendapat versi yang dipertingkat bagi Dagangan 1 Klik, matriks korelasi bersepadu dan sentimen pasaran, jenis pesanan baru dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut & muat turun MT4 Supreme Edition di sini

CFD ialah instrumen yang kompleks dan mengandungi risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj.