Mengapa Admiral Markets?

Syarikat pelaburan Admiral Markets yang beroperasi di bawah tanda dagangan Admiral Markets merupakan pembekal perkhidmatan perdagangan dalam talian yang terkemuka, menawarkan perkhidmatan untuk perdagangan dengan Forex dan CFD pada indeks, logam, tenaga, saham, bon dan mata wang kripto.

Dedikasi kami untuk menyediakan akses kepada perisian yang sangat berfungsi dan jaminan mutu bermakna pelanggan kami menerima pengalaman perdagangan yang terbaik dan paling telus. Admiral Markets menggunakan juruaudit luaran untuk meningkatkan prosedur operasi dan dalaman bagi memastikan pematuhan terhadap pengawalseliaan.

Kehadiran di Peringkat Global

Sejak diasaskan pada tahun 2001, Admiral Markets Group berterusan meluaskan capaian dan pada masa ini menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia melalui syarikat perdagangan yang dikawal selia, lantaran itu menjadikannya sebagai sebuah organisasi yang benar-benar global. Di Admiral Markets, kami yakin bahawa kehadiran kami di pelbagai rantau geografi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang pintar kepada para pelanggan di mana-mana sahaja mereka ingin berdagang.


Pengesahan Pengawalseliaan dan Lesen

Australian Financial Services Licence (AFSL)

Admiral Markets Pty Ltd (ABN 63 151 613 839) memiliki Australian Financial Services Licence (AFSL) untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia, terhad kepada perkhidmatan kewangan yang dirangkumi oleh AFSL no. 410681. Maklumat yang terkandung di laman web Admiral Markets Pty Ltd tidak ditujukan kepada penduduk di mana-mana negara atau bidang kuasa yang pengedaran atau penggunaan tersebut akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.


Akaun Perdagangan Fleksibel

Deposit ke akaun perdagangan boleh dibuat dalam kebanyakan mata wang negara, yang seterusnya ditukar kepada AUD, USD, EUR, GBP, SGD atau mata wang lain yang berkenaan. Selain itu, jika anda ingin melindungi modal anda daripada turun naik mata wang, anda boleh memiliki berbilang akaun perdagangan dalam mata wang yang berbeza pada masa yang sama. Langkah ini memberi pelanggan peluang untuk memindahkan dana dari satu akaun ke akaun yang lain melalui pindahan dalaman yang mudah secara terus dari Ruang Pedagang.

Pendidikan dan Analisis

Di Admiral Markets, keutamaan kami adalah membolehkan pelanggan kami membuat keputusan perdagangan yang lebih bermaklumat. Atas sebab ini, kami menawarkan pelbagai program pendidikan - termasuk webinar dan seminar - yang direka untuk mendidik kemahiran perdagangan dan menerangkan peluang kewangan yang pedagang boleh peroleh dalam pasaran Forex dan CFD. Selain itu, kami menerbitkan buku dan risalah pendidikan dalam beberapa bahasa yang diedarkan di peringkat antarabangsa. Pelbagai alat pendidikan kami sentiasa berkembang. Bahagian khusus ini juga menunjukkan pelbagai pilihan alat analisis bagi membantu pedagang mengharungi pasaran kewangan dengan lebih baik.

Sokongan Pelanggan

Admiral Markets menawarkan sokongan pelanggan melalui telefon dan sembang langsung untuk membantu pelanggan dalam semua perihal teknikal dan organisasi. Butiran tentang sokongan pelanggan boleh didapati di halaman Hubungi Kami.

Keselamatan dan Perisian

Perkhidmatan kami secara fizikalnya terletak berhampiran semua penyedia kecairan utama, bagi memastikan pelaksanaan terbaik dan kependaman terendah. Kami juga menawarkan platform perdagangan yang paling dipercayai dan popular, MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Platform ini dibangunkan oleh peneraju global dalam perisian perdagangan, MetaQuotes Software Corp.

Laporan

Laporan kewangan bagi Admiral Markets Group AS boleh dilihat di bahagian laporan khusus di laman web Admiral Markets Group AS.

CFD ialah instrumen yang kompleks dan mengandungi risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj.