Dagangan Forex

Sertai ratusan ribu orang yang sudah berdagang dengan Admiral Markets — broker yang dikawal selia dan memenangi anugerah, dan dapatkan akses kepada lebih daripada 40 CFD pada pasangan mata wang, 24 jam sehari, lima hari seminggu! Nikmati spread yang ketat, deposit & pengeluaran yang pantas, dan berdagang melalui platform yang paling popular di dunia, MetaTrader 5 atau secara terus pada pelayar anda melalui WebTrader!

Berdagang Forex dengan Admiral Markets

Sekiranya anda ingin berdagang dalam pasaran pertukaran asing, anda berada di tempat yang betul! Admiral Markets memberi anda akses kepada lebih daripada 40 CFD pada pasangan mata wang, termasuk Forex utama, seperti EURUSD; Forex minor seperti EURGBP; dan pasangan eksotik, seperti USDCZK.

Admiral Markets menawarkan lebih banyak lagi selain dagangan Forex! Kami juga menawarkan CFD pada indeks, logam berharga, tenaga, ETF, bon, saham, stok dan mata wang kripto!

Langkah pertama untuk mula berdagang dalam pasaran Forex dan CFD adalah mendaftar untuk akaun Ruang Pedagang. Kemudian, anda boleh membuka sama ada akaun dagangan Demo dengan dana maya atau akaun dagangan Langsung.

INSTRUMEN FOREX KAMI

Semak harga terkini pada CFD Forex popular kami pada pasangan mata wang. Seperti yang anda boleh lihat, pasaran pertukaran asing sentiasa berada dalam keadaan berubah-ubah, dengan ketaktentuan sebagai salah satu ciri utama perdagangan Forex.

KEMAS KINI FOREX SECARA LANGSUNG

Semak pergerakan harga secara langsung bagi semua pasangan Forex dalam tawaran produk kami.

PELAJARI ASAS FOREX DENGAN VIDEO PENDIDIKAN ADMIRAL MARKETS

Tingkatkan dagangan anda dengan video perdagangan Forex dan CFD dalam talian kami. Kami harap ketiga-tiga video ini akan membantu anda mempelajari asas Forex untuk memulakan dagangan Forex dan CFD.

  • What is Forex?
  • A Trader’s Starter Pack
  • Practise Time! Get Your Own Demo Account

BERDAGANG FOREX DENGAN ADMIRAL MARKETS

Admiral Markets ialah broker dalam talian bagi Forex dan CFD yang multinasional dan memenangi anugerah. Kami menawarkan perkhidmatan dagangan CFD pada pasangan mata wang, saham, indeks saham, komoditi, ETF, bon dan mata wang kripto.

Leveraj sehingga
Kami menawarkan kemungkinan untuk membuka kedudukan 30 kali lebih besar daripada baki anda.
Kami Dikawal Selia
Kami ialah syarikat global yang mantap, dikawal selia oleh pelbagai pihak berkuasa kewangan.
Anda Berdagang Secara Global, Kami Menyokong Secara Tempatan
Kami bercakap bahasa anda dan kami bersedia untuk berkhidmat bagi anda di 20+ negara di seluruh dunia.
Risiko Pasaran Dikurangkan
Kami membantu anda meminimumkan risiko ketaktentuan dan memastikan akaun anda tidak mencecah jumlah negatif.
Spread dari 0 Pip
Dapatkan spread yang paling kompetitif pada produk utama kami.
Pelaksanaan Terbaik
Pesanan anda diisi pada harga pasaran terbaik dan dilaksanakan dalam milisaat.
Tiada Sekatan
Tiada jarak henti atau sekatan pada gaya atau strategi dagangan
Platform Dagangan Terkini
MetaTrader 5 - platform dagangan paling popular di dunia untuk semua peranti, ditambah dengan pemalam MT5 Supreme Edition yang hebat.

PENDIDIKAN FOREX

Dengan perdagangan Forex, anda tidak akan pernah mempunyai pengetahuan yang mencukupi! Berikut ialah beberapa maklumat yang mungkin anda dapati berguna ketika berdagang dalam pasaran Forex dengan Admiral Markets.

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PERDAGANGAN FOREX

Sekiranya anda mempunyai soalan tentang dagangan Forex, kami mempunyai jawapannya! Lihat Soalan Lazim kami. Jika anda tidak menemui jawapan yang anda cari, jangan ragu-ragu untuk menghubungi pasukan sokongan pelanggan tempatan anda.

  • Apakah perdagangan Forex?

    Pasaran Forex, juga dikenali sebagai pasaran pertukaran asing atau FX ialah pasaran yang mana mata wang didagangkan. Pasaran kewangan ini ialah pasaran yang terbesar dan paling cair di dunia. Dagangan dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu. Untuk menunjukkan betapa besar volumnya, New York Stock Exchange mengendalikan transaksi yang bernilai kira-kira $169 bilion sehari, manakala pasaran Forex menunjukkan transaksi lebih daripada $5 trilion sehari!

  • Apakah waktu perdagangan Forex?

    Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu dan mata wang didagangkan di seluruh dunia di pusat kewangan utama. Pasaran dibuka pada hari Ahad pada pukul 10:00 malam GMT dan ditutup pada hari Jumaat, pukul 10:00 malam GMT. Waktu tertentu setiap pusat adalah seperti berikut: Sydney - 10:00 malam - 7:00 pagi GMT Tokyo - 12:00 tengah malam - 9:00 pagi GMT London - 8:00 pagi - 5:00 petang GMT New York - 1:00 petang - 10:00 malam GMT

  • Adakah perdagangan Forex mahal?

    Ini benar-benar bergantung pada cara anda ingin berdagang, sama ada anda menggunakan leveraj dan tahapnya dan jumlah modal yang anda ingin risikokan. Anda boleh bermula dengan melaburkan $50 atau $50,000, tiada batasan. Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa peningkatan jumlah leveraj juga meningkatkan tahap risiko yang anda hadapi. Pada akhirnya, perdagangan berorientasikan pada toleransi psikologi pedagang dan pengurusan risiko. Pedagang mahir dapat mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan melalui analisis pasaran yang teliti, membangunkan strategi perdagangan yang berkesan dan peraturan pengurusan wang.

  • Siapakah yang menyertai pasaran Forex?

    Terdapat beberapa pemain utama dalam pasaran Forex, termasuk bank pusat, bank perdagangan dan bank pelaburan. Ini dikenali sebagai pasaran antara bank kerana mereka secara berterusan berurus niaga dengan satu sama lain bagi pihak mereka sendiri atau pelanggan mereka. Namun terdapat beberapa peserta lain dalam pasaran pertukaran asing, termasuk syarikat multinasional yang besar, pengurus wang global, peniaga berdaftar, broker wang antarabangsa, pedagang pasaran hadapan dan opsyen serta pelabur individu.

  • Bagaimanakah harga pasaran mata wang ditentukan?

    Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi – atau berpotensi mempengaruhi – harga pasaran mata wang. Faktor tersebut termasuk peristiwa dan pengumuman ekonomi dan politik, kadar faedah, tahap inflasi, bencana alam – antara lainnya. Tiada cara yang pasti untuk meramalkan pergerakan harga, tetapi beberapa petunjuk berguna dapat dikumpulkan melalui teknik analisis yang dilaksanakan dan dikongsi oleh penganalisis dagangan.

  • Apakah platform dagangan Forex yang terbaik?

    MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 ialah platform dagangan paling popular di dunia. Admiral Markets juga menawarkan pakej unik yang mengandungi lebih daripada 60 alat, penunjuk dan pasang tambah unik - MetaTrader Supreme Edition – yang tersedia untuk MT5 dan MT4. Pedagang Admiral Markets juga boleh berdagang Forex dalam talian tanpa memuat turun apa-apa - secara terus pada pelayar web mereka - dengan MetaTrader WebTrader.

  • Di manakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan pasaran pertukaran asing?

    Lihat kandungan pendidikan kami yang lain termasuk program latihan, seminar, webinar dan tutorial video. Sudah tentu latihan akan menjadikan anda lebih baik dan cara terbaik untuk bermula adalah dengan membuat akaun Demo percuma. Pedagang baru dan pedagang berpengalaman sama-sama menggunakan akaun Demo untuk merasai dagangan mata wang dan kemudian menguji dan memperhalusi strategi perdagangan dan menyediakan pasang tambah, pemalam, skrip dan penunjuk. Akaun demo adalah percuma dan bebas risiko serta membolehkan anda berlatih dalam persekitaran pasaran sebenar, dengan wang maya. Jika anda belum membukanya, daftar sekarang!

  • Bagaimanakah saya boleh mendapat untung daripada berdagang Forex dalam talian?

    Untuk mendapat untung semasa berdagang Forex dalam talian, anda memerlukan pasaran untuk memihak kepada anda. Anda boleh membantu peluang anda dengan menganalisis pasaran dalam pelbagai cara. Analisis teknikal melibatkan trend, data sejarah dan pergerakan pasaran semasa. Ia lebih tertumpu secara statistik dalam menilai carta dan penunjuk. Sebagai alternatif, anda boleh melihat analisis fundamental yang lebih tertumpu pada peristiwa dan pengumuman ekonomi yang mungkin mempengaruhi pasaran. Mana-mana jenis analisis yang anda pilih untuk ikuti, anda harus cuba untuk membina strategi perdagangan Forex yang tersusun, menggabungkan keputusan yang bijak serta pengurusan wang dan risiko yang bersesuaian. Jumlah keuntungan anda bergantung pada kecekapan strategi perdagangan anda, tentang sebaik mana anda belajar untuk meramalkan pergerakan pasaran, strategi pengurusan risiko anda dan jumlah yang anda pilih untuk deposit.

  • Di manakah saya boleh membaca tentang strategi perdagangan Forex?

    Admiral Markets boleh memberi anda semua maklumat yang mungkin anda perlu ketahui untuk membantu anda memulakan atau memperbaik dagangan Forex dalam talian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang strategi perdagangan Forex, kami mencadangkan anda menyemak kandungan pendidikan kami yang lain, termasuk ratusan artikel yang mendalam, serta program latihan, seminar, webinar dan tutorial video.

  • Di manakah saya boleh mendapatkan tutorial perdagangan Forex?

    Admiral Markets mempunyai beberapa kursus pendidikan hebat yang perlu anda cuba. Lihatlah bahagian pendidikan untuk maklumat lanjut.

CFD ialah instrumen yang kompleks dan mengandungi risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj.